Pengikut

Pengikut

Advertisement

Mengenal Syekh Abdul Latif Al Hasani Al Farfuri



Al-Fadhil Al-Alim Al-’Arib billah Al-Murabbi Al-Mursyid Tuan Guru, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy Al-Dimasyqiyy, dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di Kota Damaskud Al-Faiha’ dalam sebuah keluarga yang merupakan penduduk asli kota Damaskus.  Keluarga syekh Abdul Latif merupakan sebuah keluarga yang sangat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun. Syekh Abdul Latif menerima didikan ilmu agama secara talaqqi dri Ulama bumi Syam. Para ulama yang mengajarkan ilmu ekpeda beliau adalah bapanya sendiri, iaitu sohibussamahah murabbi agung al-‘allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqih usuliyy, mutakallim dan nazzar. Hasilnya, Syekh Abduol Latif  memiliki beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan dari guru-gurunya itu.  Ijazah yang paling besar ialah Ijazah daripada yang mulia ayahnya, Ijazah daripada mantan mufti Syria, yang mulia al-‘allaamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri ‘Aabidiin, Ijazah daripada sohibussamahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulama al-marhum asy-syed asy-syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniyy, dan Ijazah daripada seorang ulama hadith Mekah, Syeikh ‘Alwi ‘Abbas Al-Malikiyy – moga Allah melimpahkan rahmat dan redhaNya keatas mereka dan selain mereka.
Mendapat pengajian awal di sekolah resmi dengan prastasi yang luar biasa,  kemudian beliau berhasil melanjutkan studi ke universitas dan menamatkan\ pengajian dalam bidang syari’ah melalui penulisan tesis kajian berbentuk ilmiah di Universiti Syria, Damsyik.  Seterusnya, tuan guru melengkapkan pengkayaan ilmunya di Universiti Al-Azhar al-Syarif dan berjaya pada peringkat Sarjana Muda (BA) Undang-undang dengan kepujian, Sarjana (MA) Fiqih Perbandingan dengan Undang-undang (1972M) melalui satu tesis kajian ilmiah yang dikaji dan dibahasnya berjudul “Teori Istihsan dalam Perundangan Islam dan Kesannya Terhadap Masolih Mursalah” dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama.  Pada tahun 1978M, tuan guru telah membentangkan satu lagi tesis ilmiahnya di bawah tajuk “Ibn ’Aabidiin dan Kesannya Terhadap Feqah Islami – Satu Kajian Perbandingan dengan Undang-undang”.  Tesisnya ini telah dibahas dan diperdebat secara terbuka oleh barisan panel yang diketuai oleh al-‘allaamah agung, al-marhum Syeikh Profesor Dr. Abdul Ghani Muhammad Abdul Khaleq – moga Allah merahmatinya – Panel itu dianggotai oleh beberapa orang ulamak besar universiti yang rata-ratanya merupakan ulamak agung Syari’ah Islam, dan satu barisan tokoh undang-undang. Senat Universiti pada  tanggal 26 Juli 1978 telah menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dengan keputusan (Kepujian Kelas Pertama, dan permintaan agar dicetak tesisnya itu dengan tanggungan daripada pihak universitas untuk dijadikan tesis tukaran diantara universitas-universitas dunia) oleh Fakultas Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar.

Antara pengalaman antarabangsa yang diperolehi oleh Al-fadhil Tuan Guru , seperti berikut :-
Anggota Tetap dan Setiausaha Agung Akademi Feqah Islam Antarabangsa yang berpusat di Jedah,
Presiden Akademi Ilmu Syria dan Rektor Universiti Pengajian Islam dan Arab, Syria.
Imam (pemimpin) Al-Madrasah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah.
Ulamak Ahli Sunnah Wal jama’ah, yang bermazhab Hanafi dan bertariqah Al-Rabbaniyyah Al-Mujaddidiyyah Al-Islamiyyah Al-Jaami’ah. 
Profesor dalam bidang Fikihh Islam dan Perundangan.
Seorang Murabbi lagi Mursyid yang berketurunan Rasulullah S.A.W.
Ramai daripada ulama-ulama agung dunia yang berIjazah (mengambil Ijazah) daripada al-fadhil Syeikh, antaranya :

Syeikh Ahmad Al-Khaleliyy (Mufti Kesultanan Oman).
Syeikh Profesor Dr. Bakar bin Abdulullah Abu Zaid (Presiden Akademi Fiqih Islam Antarabangsa di Jeddah dan Timb. Menteri Kehakiman Saudi).
Syeikh Profesor Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti.
Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih (Ketua Syeikh Ulamak Qiraat di Syam).
Syeikh Profesor Dr. Muhammad bin Jum’ah As-Salim (Timbalan Menteri 1 Hal ihwal Islam dan Wakaf di Abu Dhabi, Emiriat Arab).
Syeikh Abdul Hamid bin Bakil (Kadi Besar Brunei).
Syeikh Dr. Dalil Abu Bakr (Dekan Maahad Islam Masjid Paris, dan Dekan Universitas Paris)
 
Antara gerakan dakwah yang dijalankan oleh al fadil Tuan Guru , adalah seperti berikut :-
Gerakan  ilmu seperti pengasasan Mujamma, Masjid Al-Aqsoob Al-Islami. Majma’ Ilmiyy ’Aali telah diwujudkan di bawah Mujamma’ ini pada tahun 1410H / 1990M, dimana sekitar  80 orang profesor daripada serata dunia Islam dan Arab telah menjadi ahli anggota majlis tertingginya. Pembentukan sebuah akademi ilmu peringkat pengkhususan dengan nama “Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam” telah dilahirkan di bawah Mujamma’ ini. Maahad al-Quran dan Pusat Qiraat dengan nama “Pusat Qiraat Al-Quran Al-Allaamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy”. Akademi Peradaban Pengajian Arab dan Islam mempunyai tiga peringkat pengajian, iaitu Ijazah pertama atau Sarjana Muda (BA), Ijazah Pengkhususan atau Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D). Menulis tesis dan artikel dalam pelbagai bidang dan tajuk, dan tulisan-tulisannya itu kebanyakannya telah diterbitkan oleh beberapa majalah, seperti:-
 Majalah Majma’ Al-Lughah Al-Arabi, Damsyik.
Majalah Al-Faisal dan Majalah Al-Arabiyyah, Saudi Arabia.
Majalah Nahj Al-Islam, terbitan Kementerian Agama, Republik Arab Syria.
Majalah Ath-Thaqafah Ad-Dimasyqiyyah (bulanan).
Majalah At-Tamaddun Al-Islami, Damsyik.
Majalah Al-Mauqif Al-Adabi, Syria.
Majalah Tisyriin (Mingguan).
Memberi ucapan dan membuat pembentangan dalam beberapa Persidangan Antarabangsa yang dihadirinya seperti:-  Persidangan Penubuhan Akademi Fiqih Islam Antarabangsa Mekah Al- Mukarramah pada bulan Juni, 1983M.  Tuan guru menjadi ketua rombongan (lantikan khas daripada Presiden) yang terdiri daripada beberapa orang menteri dan ketua-ketua kementerian negara menghadiri persidangan ini.  Akademi Feqah Islam Antarabangsa (Jedah).  Tuan guru merupakan salah seorang anggota pengasas, dan ahli tetap akademi di atas kapasitinya sebagai wakil Republik Arab Syria dan Ketua Bahagian Perancangan Akademi yang disandangnya sejak awal tahun 1404H / 1983M lagi. Forum Pemikiran Islam Antarabangsa, Algeria sebagai Profesor Pembentang dengan kedudukannya sebagai tetamu rasmi Kerajaan Algeria selama beberapa siri. Pada tahun 1988M pula, tuan guru dijemput sebagai Profesor Pelawat ke Jabatan Pengajian Peringkat Sarjana, Universiti Algeria. Tuan guru juga – atas jemputan rasmi – telah melawat negara Mesir, Jordan, Palestin, Lubnan, Arab Saudi, Algeria, Brunei, Oman, Kuwait, Turki, Iran, Sudan, Maroco, Bahrain, dan Qatar sebagai Profesor Pelawat ke universiti-universiti mereka dan sebagai anggota kepada beberapa persidangan ilmiah yang pelbagai, dan menyampaikan kuliah di beberapa buah universiti negara Arab. Tuan guru juga – beberapa kali – telah menghadiri beberapa siri persidangan ulamak sufi peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh beberapa buah negara lain.
Disadur dari website www.maimajdarulikhlas.com

Posting Komentar

0 Komentar